Ada satu kisah yg i would like to share with all..Ntahlaa how true it is...but if kisah ini benar, moga dijadikan iktibar itu ibu bapa diluar sana..
Ingatlah, anak itu satu amanah yg Allah kurniakan pada kita, sepatutnya kita dapat menilai what is our priority..
Sila ikuti ceritanya di bawah...
*********************************************************************************
Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi.
Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi
Shah Alam Mall.
Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car
park.
Car park yang mengadap DEMC tu..
Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW.
Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai
kesiannya...
Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak
lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat
belakang (dalam BMW tu).
Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki
bini terkunci anak dalam kereta rupanya ...
Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...
Pompuan A:
umpil aje la pintu kereta ni
Mak Budak tu:
tak boleh ...(sambil menangis)...nanti suami saya on the way balik ambil
kunci spare...
Pompuan C:
Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u
mati ke?
Mak budak tu:
(sambil menangis)...nanti suami saya marah...
Pakcik B:
isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah
balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...
Pakcik C:
"Mana bapaknya???"
Mak Budak tu:
"Dia balik Meru ambil kunci"
Semua orang:
"Apa! Meru!!!"
Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa
untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan
haram...
Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata..."saya
takut suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...Tetiba ade sorang
akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni...
biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?
Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta,
beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan
menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan
kelemasan dalam kereta tu...
Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil
pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya ini keleta tak boleh umpil,
kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!"
Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka
dikapak cermin tepi sebelah pemandu...praannng....!!!! Selesai
masalah...
Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan...kesian baby
tu..berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....
Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor". Si
doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...
Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia masih tak
muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah
makan sate kambing dulu kot...
************************************************************************************
Nasibla takde apa2 jadi dgn baby tu. Kita as a mother, bila tengok anak demam sikit pun dah gelabah bagai nak rak. Ini pulak kalau anak terperangkap dlm kete, dgn tak cukup udara nya..kesiankan.
Tuesday, February 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mama kuyin, aku tak kira aku nak comment jugak pasal ceter ni. Walaupun korang dah baca e-mail reply dari Mama Doyee. Pompuan tu hormat suami, dengar cakap suami tak bertempat. Suami dia mesti ada pompuan lain tak kisah lantaklah kau anak beranak mati dalam keta besau tu aku tak pe bini/spare part aku ade! BMW dia tu beli dari tiket loteri dapat free. Sebab tu dia bekira. kalau orang kaya dah sah dia pecahkan cermin keta tu buat pe nak risau pasal ganti balik. ATAUPUN, dia macam jiran aku. Upss tak leh cakap kat sini takut ada kekawan dia sesat masuk blog hang baca.Bahaya! Memang spesis KEDEKUT!!!
Hahahhaa...bab jiran tu takpaa...di fahami apa yg cuba anda sampaikan...hahaha
Post a Comment